in , , ,

[Video] “Adik nak ayah” – Enggan berpis4h dengan Shuk, air mata anak b0ngsu undang sebak

Baru-baru ini, gelagat anak-anak pelaw4k dan pengacara Shuk Sahar yang menangis kerana enggan berpisah dengan bapanya menyentuh hati ramai.

Menerusi perk0ngsian vide0 yang dimu4t naik di TikTok, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dilihat memujuk anak b0ngsunya iaitu Nur Assyifatu Aimi yang tidak mahu berjauhan dengan dengannya.

Lebih menyentuh hati apabila Aimi turut meluahkan hasrat ingin terus bermanja deng4n Shuk sekiranya pelawak itu terus ada di sisinya.

“Tapi adik n4k tidur dengan ayah… adik nak ayah. Tapi adik nak minta angk4t dengan ayah,” luah Aimi.

Difah4mkan, anak-anak Shuk menetap di Sabah bersama bekas isterinya iaitu Rossa Sera manakala Shuk pula di semenanjung selep4s pasangan berkenaan sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.

Bagi memujuk anaknya itu, Shuk dilihat membawa anak-anaknya berjalan dan membeli beberapa makanan ringan sebelum berpisah.

Aimi bagaimanapun terus menangis apabila menyedari Shuk akan meninggalkan dirinya.

@shuksahar

Jumpa lagi ain kondeng jaga diri elok2 ye ayah sayang ain ngn aimy…. #shuksahar #hartaduniaakhirat

♬ original sound – shuksahar – shuksahar

“Ayah balik dulu. Jumpa lagi Ain dan Aimy. Jaga diri elok-elok ayah sayang Ain dengan Aimy,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak melihat perkongsian tersebut.

Malah berharap agar rezeki pelawak itu mencurah-curah agar dapat menjenguk anaknya di Sabah dengan kerap.

“Semoga Shuk murah rezeki selalu, boleh jenguk anak-anak dekat Sabah.

“Anak perempuan manja dengan ayah, perit berpisah dengan pasangan tapi ada anak-anak masih kecil. Menitik air mata saya.

“Shuk berubahlah, kesian anak-anak jadi mangsa. Mereka perlukan kasih ibu dan ayah mereka,” antara komen netizen.

Untuk rekod, Shuk dan Rossa Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 7 dan Nur Assyifatu Aimi, 4.

Sumber: mulutviral

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    “Tak sanggup tengok wajah isteri dia” – bakal kahwin suami orang, Buntu wanita minta pendapat kerana bercinta dengan suami orang

    “Kau memang m4suk ner4ka eh sebab membunvh, Aku masih dalam siasat4n” – Nursajat