in

[Video] “Bos panggil dekat belakang” Salah Org, Lelaki Pakai Pakaian Sama Dengan Pelayan Semasa Kenduri Buat Ramai Terhibur

Seletah sekian lama tidak dibenarkan, majlis kenduri kini dibenarkan untuk diadakan semula dengan ketetapan tertentu pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti tetamu telah mendapat vaks1nasi penuh, memakai pelitup muka dan lain-lain.

Seperti kebiasaan, salah satu perkara yang sering menjadi ‘masalah’ bila menghadiri sesebuah kenduri adalah untuk memilih pakaian.

Mana tidaknya, jika salah pakai, berkemungkinan besar akan ada orang lain yang memakai pakaian yang sama atau lebih teruk, seperti satu perkongsian di TikTok oleh seorang pengguna yang bernama Amirul Effendy ini.

Menerusi video tersebut, kejadian berlaku ketika mereka sekawan menghadiri sebuah majlis kenduri dan secara kebetulan, salah seorang teman perakam video telah memakai pakaian yang seakan-akan pelayan di majlis tersebut.

Kelihatan, lelaki tersebut mengenakan seluar berwarna gelap dan memakai baju kemeja biru gelap yang kebetulan sama tona dengan pakaian pelayan disana.

Tanpa pengetahuan rakan tersebut, difahamkan mereka telah berpakat dengan seorang pelayan untuk memangil kawannya itu untuk meneruskan pekerjaannya.

“Bos panggil dekat belakang”

Menerusi penjelasan yang dilakukan pemilik akaun SayaSopan ini, mereka semua telah berkawan agak lama dan masing-masing dah dianggap sebagai keluarga kedua. Difahamkan, apa yang berlaku bukanlah kesilapan daripada pelayan tersebut tetapi ianya telah dirancang.

Komen Netizen:

Sumber : Lobak Merah

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Ditinggal Kekasih Sebab Tak Makan ‘Pecal’ Anggap Tak Boleh Hidup Susah

    Iqbal Nak Dekati Rossa Lebih Mendalam, ‘Boleh Ke Nak Cari Penganti Macam Aku? Saya Rupawan Dan Genit-Genit Manja’-Datuk Seri Vida