Video gara-gara pengantin perempuan nampak sedikit berisi di bahagian perut dengan tanda ‘baby bump’
Pasangan pengantin mencetuskan tanda tanya dalam kalangan segelintir netizen
video berdurasi seminit itu termasuklah memaklumkan kehamilannya berusia enam bulan pada 7 Februari 2021.
“Menikah masa mengandung?” komen seorang netizen membangkitkan persoalan.
“Baru kahwin ke tu? Ni bunting pelamin ke, mengandung,” ujar netizen lain.
‘Pengantin perempuan’ itu, Nur Hasniza Hashim tampil menjelaskan bahawa dia sebenarnya telah bernikah lebih setahun lalu pada 7 Februari 2020.
Wanita berusia 25 tahun itu memberitahu, video yang menunjukkan dirinya dan suami dalam persalinan baju nikah itu hanyalah sebagai kenangan usia perkahwinan mereka setahun.
“Masa buat video tu kandungan saya berusia enam bulan, sebab tu nampak baby bump. Sekarang ni dah lebih tujuh bulan hamil. Video asal sebenarnya berdurasi satu minit dan 8 saat, di mana di hujung video tertera ucapan Happy first anniversary (Selamat hari ulang tahun pertama).
VIDEO DIBAWAH SEKALI
“Bagaimanapun, video tersebut hanya dapat memuat naik durasi seminit, menyebabkan baki kira-kira 8 saat untuk menjelaskan simboliknya terpotong secara automatik,” katanya kepada mStar.
Antara foto perkahwinan Hasniza dan suami.
Lebih mesra disapa Hasniza, katanya, menerusi kapsyen video tersebut dia telah meletakkan tanda pagar (hashtag) berkaitan perkahwinan dan status suami isteri.
“Bila ada netizen yang kata bukan-bukan atau pelik mengenai video tu, saya tak ambil peduli pun. Saya jawab atau beri penjelasan bila ada yang bertanya.
honeymoon untuk anniversary pertama ni. Jadi, untuk kenang-kenangan, saya ajak suami buat video dan fotografi dengan pakai baju nikah kami. NUR HASNIZA HASHIM
“Ada yang baca, ada yang tak baca. Lagipun terdapat video saya sebelum ini yang menunjukkan sesi fotografi memakai baju pengantin, selepas bernikah,” ujarnya sambil berkata butiran dan foto pernikahannya lebih banyak dikongsikan di akaun Instagram miliknya.
Hasniza yang berasal dari Seberang Perai Selatan di Pulau Pinang memberitahu, pada September lalu, mereka menempah tiket penerbangan ke Langkawi untuk bercuti selama empat hari dan tiga malam pada Februari tahun ini sempena sambutan ulang tahun perkahwinan pertama.
Hasniza ketika majlis ‘baby shower’ bagi meraikan kehamilannya, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, katanya, hasrat berbulan madu itu terpaksa ditangguhkan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kedua (2.0) pada awal tahun yang melarang merentas negeri.
“Kami tempah awal sebab harga tiket penerbangan murah. Tapi kami tidak bernasib baik kerana tak boleh rentas negeri. Sepatutnya masuk Januari, kami nak tempah hotel pula.
“Rasa sedih sebab tak dapat honeymoon untuk anniversary pertama ni. Jadi, untuk kenang-kenangan, saya ajak suami buat video dan fotografi dengan pakai baju nikah kami.
“Tapi tak sangka pula video baju pengantin ketika saya mengandung tu banyak kali keluar di TikTok sehingga menjadi perhatian mereka yang tidak tahu saya telah berkahwin,” katanya yang diraikan kehamilannya menerusi majlis ‘baby shower’.
Hasniza dan suami bakal menimang cahaya mata pertama awal Jun depan.
Hasniza yang kini menghitung hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama yang dijangka pada awal Jun depan memberitahu hasrat untuk bercuti ke Langkawi itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu meskipun apabila rentas negeri dibenarkan.
“Saya nak tumpukan kelahiran anak terlebih dulu dan tunggu wabak Covid-19 semakin reda. InsyaAllah, mungkin tahun depan baru saya rancang untuk bercuti ke Langkawi jika tiada halangan,” katanya.
Sumber: mstar
GIPHY App Key not set. Please check settings