in

[Video] ”Dekat sangat dengan kolam tu, Risau tersalah langkah ke belakang…Diorang dah lama rancang, kita yang lalai, Posisi kek 5 tingkat Uqasha dan Kamal jadi bualan

Semalam dunia hiburan kecoh apabila pasangan selebriti Kamal Adli dan Uqasha Senrose

mengumumkan telah pun selamat bernikah kira-kira sebulan yang lalu iaitu pada tanggal5 November 2021.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup, cuma dihadiri oleh 100 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada keluarga dan juga sahabat handai.

Majlis yang diadakan di Janda Baik bermula jam 7.30 pagi…Penuh dengan jambangan bunga matahari

GAMBAR MAJLIS

Menerusi portal Gempak, acara tersebut bermula sekitar jam 7.30 pagi dan tetamu disajikan dengan sarapan ringkas sebelum dihidangkan dengan nasi minyak. Selain itu, lokasi majlis tersebut yang

Bertempat di Janda Baik turut menjadi tarikan apabila dihias sesuai dengan tema ‘garden wedding’ dipenuhi jambangan bunga matahari pilihan daripada Uqasha sendiri.

Dalam pada itu, pasangan mempelai dua sejoli tersebut turut mengadakan sesi memotong kek setinggi 5 tingkat di tepi sebuah kolam.

Masing-masing dilihat mengenakan persalinan songket berwarna ungu yang diinspirasikan daripada kisah ‘Cik Siti Wan Kembang’ hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Dekat sangat dengan kolam tu, risau tersalah langkah ke belakang…Diorang dah lama rancang, kita yang lalai

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan dekorasi cantik yang terdapat dalam majlis tersebut.

Walau bagaimanapun, ramai mengakui risau menyaksikan sesi pemotongan kek kerana pengantin berdiri terlalu dekat dengan kolam belakang mereka.

Sumber: PortalGempak,viralurdu

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Geng berbasikal wanita buat hal, berlakon cacat nak masuk tandas OKU dikecam

    [Video] Patutlah anaknya begitu, mak pun tak betul sangat…Padahal Laura lumpuh sebab anak dia