Suatu hari, penulis melayari laman Quora dan terjumpa perkongsian dua, tiga orang pengguna tentang pembedahan kosmetik dan kumpulan Blackpink terutamanya Lisa.
Pada mulanya penulis nak biarkan saja sebab merasakan topik itu biasa dan umum tahu yang pembedahan kosmetik sudah common seperti minum air masak di negara kimchi itu.
Namun jari penulis terhenti di situ bila mengenangkan apa agaknya yang dilalui oleh Pranpriya untuk menjadi seorang Lisa Blackpink, adakah dia menyimpan satu rahsia black tentang rupa parasnya di sebalik warna pink yang mengiringi kelincahan tariannya?
Artikel ini bukan bermaksud untuk cari cela anggota Blackpink berkenaan tapi sekadar nak tahu apa sebenarnya jadi semasa pembedahan plastik yang disebut-sebut ramai itu?
Wajah Natural Lisa
Beberapa sumber mendedahkan gambar Lisa semasa pre-debut.
Rupa aslinya dikatakan memang bercirikan penduduk Asia Tenggara seperti Thailand, Malaysia dan Filipina.
Kecantikannya juga diwarisi daripada ibunya.
Namun semuanya hampir berubah dan lain selepas dia menyertai YG Entertainment.
Ramai yang perasan tentang perubahan hidungnya.
Pembedahan Hidung Atau Rhinoplasty
Seowon Kim, seorang pelajar jurusan kosmetologi dan pembedahan plastik berpendapat Lisa menjalani rhinoplasty untuk buat hidungnya lebih ‘kurus’, tirus dan mancung yang tak boleh dibuat dengan ilusi mekap.
Seorang pakar bedah plastik turut senada dalam hal itu kerana dari gambar Lisa, boleh nampak perubahan hidungnya dari kembang kepada tirus.
Rhinoplasty merupakan sejenis pembedahan untuk ubah bentuk hidung. Menurut tulisan Dr Matt Hershcovitch, ramai ingat pembedahan pada organ kecil itu hanya minor, tapi ia sebenarnya surgeri besar juga.
Kerana realitinya hidung merupakan pintu utama saluran pernafasan kita. Kalau tersalah buat ni atau jumpa pakar pembedahan plastik yang tidak berkelayakan memang habis…
Sama ada Lisa Blackpink buat pembedahan plastik atau tidak, biarlah itu menjadi rahsianya. Banyak lagi bahagian yang dibongkar tapi cukuplah cerita tentang hidung yang paling ketara.
Jika benar teori mereka ini, maknanya bukan biasa-biasa pengorbanan untuk jadi artis K-pop ini sehingga harus menempuh pisau sebegitu rupa bagi memenuhi standard kecantikan.
Sebagai peminat, berilah sokongan kerana bakat dan hasil kerja, elakkan bagi tekanan sangat tentang fizikal dan penampilan kepada seseorang anak seni itu.
Penafian: Tulisan ini sekadar pendapat peribadi penulis dan DaebaKing tidak bertanggungjawab dengan apa-apa yang ditulis.
GIPHY App Key not set. Please check settings