in ,

[Video] Isteri hamil ngidam bau petrol sanggup turun flat ,Bukan petrol sahaja, Dia akan bau gam kasut..

SEBUT sahaja perkataan mengidam, ia sememangnya sinonim dengan wanita yang sedang berbadan dua.

Lazimnya, wanita hamil mengidam untuk menikm4ti makanan tertentu.

Namun berbeza pula kisahnya dengan isteri lelaki ini yang mengidam untuk menghidu bau petrol dan gam kasut!

Berkongsi cerita dengan mStar, Muhammad Fariz Fadzil berkata keinginan luar biasa itu berlaku ketika isterinya, Affidatul Nadia Mohamad Nazir, 24, hamil anak kedua mereka, hampir dua tahun lalu.

“Masa isteri mengandung anak sulung dulu, dia mengidam nak hidu bau gas peti ais. Selalulah dia akan buka peti ais dan ambil bau.

Setiap wanita hamil lalui pengalaman ‘mengidam’ yang berbeza. Hanya ibu-ibu yang faham.

VIDEO

“Tapi bila mengandung anak kedua, dia teringin nak hidu bau petrol.

Mengidam tu terjadi masa dia dah sarat hamil lapan bulan… tempoh awal kehamilan beberapa bulan sebelum itu, hanya mengidam makan biasa-biasa je.

“Isteri tak cakap, dia pergi sendiri buka seat motor dan tempat minyak petrol.

Saya tengok dengan hairan dan terkejut juga. Ada dalam seminit dia hidu. Lepas hidu tu mukanya lega.

“Bukan petrol sahaja, dia akan bau gam kasut. Mesti ada gam kasut dekat tepi katil kalau mengidamnya tiba-tiba datang.

Saya sekadar memantau kita faham mereka hanya nak lepaskan keinginan saja,” ujar bapa kepada dua orang anak ini.

Anak kedua Muhammad Fariz ketika dilahirkan (kiri) dan kini sudah berusia dua tahun.

Menurut Muhammad Fariz, 27, tabiat menghidu petrol itu akan dilakukan isterinya selepas bangun pada waktu pagi dan sebelum masuk tidur.

“Kami duduk flat, kadang dia sanggup turun untuk hidu bau petrol di motor… kemudian dia naik. Kalau tak hidu petrol, dia tak boleh tidur. Seolah-olah macam tak lengkap.

“Bila cerita dekat keluarga, ibu mentua cakap mungkin isteri mengandung bayi lelaki.

Kami suami isteri memang tak ‘scan’ jantina kedua-dua anak kami kerana nak surprise. Bagi kami, yang

Muhammad Fariz dan isteri bersama dua cahaya mata mereka.

“Dekat komen, ramai yang kongsi pengalaman dan kisah masing-masing.

Sumber: Mstar,ihangat

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Sajat kongsi video kena ‘ngorat’ dengan lelaki sado, Tindakan Sajat selamba ‘reject’ lelaki buat ramai anggap Sajat masih ada harga diri..

    Terlantar sakit di hospital, boyfriend datang melawat, Risau muka sebenar terdedah, wanita ini sanggup makeup tebal!