in

[Video] Isteri Luah Rasa Rindu Ditinggal Lama, Hantar Suami Depan Lif, Suami Balik Rumah Madu

Tidak semua terutama wanita terbuka dengan isu poligami meskipun perkara itu dihalalkan dalam Islam. Bukan mahu mempertikaikan sunnah Nabi Muhammad, tetapi mungkin kerana kaum hawa ini mempunyai hati yang lembut dan sensitif lebih-lebih apabila terpaksa berkongsi kasih . Hakikatnya, lelaki memang dibenarkan berkahwin melebihi seorang.

Baru-baru ini, luahan ‘rindu’ seorang wanita yang melayari perkahwinan secara berpoligami mencuri perhatian ramai apabila dimuat naik ke aplikasi TikTok.

Menerusi video tersebut, dia kelihatan sedang menemani suami hingga ke depan pintu rumah sebelum menuju ke lif. Hal ini difahamkan rupanya sudah tiba giliran untuk lelaki berkenaan balik ke rumah madunya pula.

Sebagai isteri,dia mengakui rasa rindu terhadap suami di dalam hati seolah-olah bakal ditinggalkan lama pula oleh suaminya.

Namun menerusi luahan selanjutnya, dia cuma berseloroh saja mengenai perkara itu memandangkan gilirannya cuma selang hari.

Tanpa disangka-sangka, perkongsian video berkenaan telah mengumpul lebih 500 ribu jumlah tontonan sehingga kini.

Jaga dirimu sayang…

https://www.tiktok.com/@honeyqueen___________/video/7028825408057527578?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Ruangan komen hantaran wanita tersebut nyata dibanjiri pelbagai reaksi yang dilontarkan oleh netizen. Ada juga yang dapat merasakan wujudnya kebahagiaan antara suami isteri dalam video berkenaan.

Sumber : TikTok honeyqueen___________

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Bekas Suami Ajak Keluar Makan, Masih Ada Rasa Sayang, Siap Letak Car Seat Ank Kt Depan

    Reman Lima Hari, Guru Disyaki C’abul Pelajar Lelaki