in

[Video] Lebih Satu Juta tontonan Suami Saksikan Peng0rbanan Isteri Saat Melahirkan, Kongsi Momen Dibilik Bersalin ‘Parut Tertusuk Kuku Isteri Ada Lagi’

Proses kelahiran ini kata orang umpama peperangan bagi si isteri yang terpaksa berdepan dengan rasa sak1t umpama 20 tulang dalam badannya patah serentak.

Justeru itu, pentingnya buat suami berada di samping isterinya yang sedang bertarung melahirkan zuriat mereka.

Berkongsi pandangannya itu Ahmad Mukhlis Mohd Rosdi, 30, berkata kehadiran suami ketika isteri melahirkan bukan hanya sekadar untuk membisikkan kata-kata semangat, bahkan untuk menyaksikan sendiri betapa besarnya peng0rbanan si isteri buat keluarga.

Berkongsi video dia menemani isterinya, Nazreen Azura Abd Karim, 27 ketika melahirkan anak mereka yang kedua pada 16 November lalu, Ahmad Mukhlis yang mesra dipanggil Kelis berkata pengalaman melihat isteri bertarung nyawa boleh membuatkan si suami lebih menghargai isteri.

“Dia bertarung nyawa untuk melahirkan anak jadi mesti dia nak suami ada bersamanya.

“Kita yang bersunat masa kecik pun nak mak ayah teman, inikan isteri yang terpaksa menanggung rasa sak1t yang berpuluh kali ganda, tentulah dia nak kita ada dengan dia.

“Jangan biarkan isteri sakit seorang diri kita perlu teman isteri bertarung nyawa supaya kita akan rasa lebih menghargai isteri kita,” katanya yang menetap di Kota Bahru, Kelantan.

Mengakui perasaannya sendiri bercampur baur setiap kali menemani isterinya dalam dewan bersalin, Kelis berkata suami perlu melawan rasa takut dan mencabar diri mereka untuk menemani isteri masing-masing.

“Setiap kali teman isteri perasaan saya bercampur baur, r1sau, sed1h, gembira dan tak sabar nak tunggu baby keluar.

“Masa teman dia sy non-stop suruh dia mengucap, sebut “la ilaha illa antasubha naka inni kuntuminazzolimin”, istighfar, selawat dan memuji Allah.

“Kemudian saya cakap dekat dia “baby tak sabar nak jumpa ibu dia” so that dia lebih bersemangat untuk meneran,” katanya, menambah dia juga akan membaca surah Maryam.

Menurut Kelis, isterinya itu bertarung sekitar empat jam sebelum lahirnya puteri sulung mereka yang diberi nama Aminah.

“Bila sak1t, isteri saya akan genggam tangan saya sampai merah, ada la dekat seminggu baru hilang.

“Tapi parut bekas luka sebab tertusuk kuku dia masih ada lagi sampai sekarang,” selorohnya.

Dia bagaimanapun menegaskan bahawa peranan suami bukanlah sekadar menemani isteri di dewan bersalin.

“Jangan biarkan isteri kita jaga anak seorang diri lepas tu nak kena kemas rumah sorang-sorang lagi,” tambahnya.

Menurut Kelis, kebiasaannya dia bersama mentuanya akan menjaga isterinya sepanjang tempoh berpantang.

Setakat ini video yang dikongsikan Kelis di akaun TikToknya itu mendapat lebih satu juta tontonan

Sumber:Mstar

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Beri Isteri Guna Kereta, Lelaki Tak Kisah Naik Motor ‘Janji Dia Selesa Pergi Kerja’

    MaIu ‘Anak Autlsme’ Serlng Buaang Alr Merata, lbu Bapa P’ukuI Smpai MnlnggaI Dunla