SERING kali kita disajikan dengan perkongsian kisah menantu yang kurang serasi dengan ibu mentua.
Sedikit sebanyak perkara ini menjadi antara punca sesebuah rumah tangga kurang harmoni.
Bagi wanita ini pula, dia menganggap ibu mentuanya seperti ibu kandung serta rakan baik sendiri yang sangat memahami malah ‘sekepala’
Berkongsi beberapa video di media sosial, wanita ini meraih pujian dan perhatian ramai yang tertarik dengan keakraban hubungannya dengan ibu mentua.
Lebih unik dan ‘rare’, ibu mentuanya merupakan seorang wanita berbangsa India!
Berkongsi cerita dengan mStar, Farah Diana Abu Bakar berkata dia menumpang kasih dengan ibu mentua, Leelawathe Karuppiah, 62, selepas ibu kandungnya meningg4l dunia beberapa tahun lalu.
“Kami memang kamceng g1la. Saya selalu melepak di rumah mak mentua sekadar nak berborak atau nak ajak keluar. Lagipun rumah saya dengan mak mentua dekat saja.
“Kalau tak ke rumahnya, kami bersembang di telefon. Paling sekejap kami bersembang 20 minit, tapi paling lama selalu sejam lebih,” ujar wanita berusia 32 tahun yang sedang disapa sebagai Farah itu.
Farah menumpang kasih dengan ibu mentua selepas kedua ibu bapanya meningg4l dunia.
Bercerita mengenai penerimaan kedua-dua keluarga ketika dia dan suami, Mohd Haikal Patmanathan Abdullah, 31, mula menjalinkan hubungan serius, Farah berkata keluarganya sedikit gusar dengan calon pilihan hatinya itu.
“Sebenarnya kami berdua dah kenal lama iaitu pada 2014 lagi. Sepanjang berkawan, suami dah pun selalu bertemu keluarga saya. Pada mulanya keluarga risau juga. Iyalah, saya anak bongsu.
“Tapi melihat kesungguhan dan sikapnya, ibu dan ayah kemudian okay. Masa saya belajar di Shah Alam, dialah yang sanggup jemput dan hantar saya pulang… berulang dari Felda Jengka ke Shah Alam.
“Kakak dan abang pun okay. Jangan tak tahu, anak-anak saudara saya semua rapat dengan dia. Waktu saya bertemu famili dia pula, tak sangka semuanya baik sangat.
“Kami diijabkabulkan pada 2018. Sepanjang tujuh tahun kenal dan tiga tahun berumah tangga, tak ada masalah pun nak menyesuaikan diri. Dari segi bahasa, keluarga suami fasih bahasa Melayu. Kalau bab makan pun tiada masalah… saling menghormati.
“Malah saya sangat suka kalau mak mentua masak ayam varuval dan idli. Ada juga belajar sikit-sikit menu masakan India,” ujarnya yang kini menetap dan bekerja di Kuantan, Pahang.
Tidak menyangka perkongsiannya di TikTok menjadi tular, Farah berkata dia terh4ru apabila membaca komen-komen murni daripada netizen.
Farah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Haikal Patmanathan Abdullah sejak tiga tahun lalu.
“Dekat caption video, saya ada tulis mak mentua saya ‘cancer survivor’. Ramai sangat yang mendoakan mak mentua saya. Masa dia sak1t kanser buah dada, saya pernah bergilir jaganya di hospital. Alhamdulillah, dia dah pulih sepenuhnya pada 2019.
“Saya tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya tengok mak dah sembuh. Ketika ini saya hanya ada mak mentua tempat menumpang kasih. Semua benda berkongsi dengannya. Tak boleh nak bayang hidup tanpanya.
“Kepada mak mentua saya, saya nak mak tahu yang saya sentiasa doakan kesihatan mak. Terima kasih kerana selalu ada untuk saya dan terima kasih kerana terima saya seadanya,” ujarnya lagi.
Sumber: Mstar
GIPHY App Key not set. Please check settings