Servis penghantaran barang mahupun makanan lebih mudah menggunakan motosikal selain van atau lori kecil sekiranya pakej bersaiz besar.
Tetapi lain pula cerita bagi seorang penghantar barang J&T. Menggunakan kereta bukanlah perkara luar biasa namun dia memandu Mercedes Benz untuk menghantar pakej kepada pelanggan.
Difahamkan lelaki tersebut menggunakan kereta sendiri iaitu Mercedes-Benz model AMG untuk menghantar barang sekitar Tanah Merah, Kelantan.
Perkongsian di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi daripada pelanggan, malah ada yang bertanyakan di ruangan komen adakah berbaloi dengan pendapatan yang diterima.
“Alhamdulillah rezeki milik allah,” balasnya yang turut menjelaskan bukanlah berasal dari keluarga senang namun yang penting adalah usaha
Perkongsian itu sudah mendapat lebih daripada 44,000 tontonan dan 2000 tanda suka.
Video
Komen Netizen
Sumber : tiktok payikjurukimpalan
GIPHY App Key not set. Please check settings