SETIAP pasangan pasti mempunyai cara tersendiri untuk meraikan hari ulang tahun perkahwinan mereka.
Begitu juga halnya dengan pasangan ini yang memilih untuk ‘bersanding’ kali kedua ketika menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang yang ketujuh.
Lengkap dengan busana songket berwarna krim siap dengan pelamin, pasangan ini ceria saat diraikan oleh ahli keluarga, rakan-rakan dan kenalanalam satu majlis ringkas baru-baru ini.
Bagaimanapun video yang dikongsikan di laman sosial ketika momen istimewa itu mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen g4ra-g4ra penampilan ‘feminin’ si suami.
Berkongsi cerita dengan mStar, lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Abe Pink berkata, idea untuk mengenakan busana raja sehari sewaktu ulang tahun perkahwinan bersama isteri timbul secara spontan.
“Sebelum ini pernah terviral juga sekali. Masa tu terkejvt juga. Jadi kali ini lebih tenang sebab dah ada pengalaman sikit. Jadi kami boleh handle,” ujarnya yang berasal dari Pasir Putih, Kelantan.
Bapa kepada empat orang anak ini berkata, dia sudah l4li dengan kecaman dan menganggapnya sebagai asam garam dalam dunia perniagaan.
Komen netizen:
Sumber: Mstar
GIPHY App Key not set. Please check settings