Setiap pasangan yang sudah berumah tangga mempunyai cara tersendiri untuk menghargai antara satu sama yang lain. Ada yang mengungkapkan terus menerusi ucapan dan ada yang menyatakan dari segi perlakuan..
HaI ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna TikT0k dikenali sebagai @kiedaamy97_ apabila memuat naik satu momen dimana suaminya melakukan kejvtan untuknya bersempena hari lahir yang ke-24.
Menurut wanita tersebut, dia pada awalnya berasa pel!k kerana tiba-tiba sahaja suami tersayang membawanya ke kedai emas dan meminta untuk mencuba beberapa gelang bersaiz besar.
Video Kejutan Suami
Tak lama selepas itu mereka kembali semula ke dalam kereta dan suaminya meminta untuk tunggu sebenar. Ketika itulah dia mendapat kejutan yang tak disangka apabila suaminya menghulurkan gelang tersebut sebagai tanda menghargai jasa dan peng0rbanan sepanjang bergelar isteri.
Pengguna TikTok itu juga baru menyedari suaminya gigih berkerja walaupun dalam keadaan penat sejak kebelakangan ini demi memastikan target untuk menghadiahkan isteri tersayang tercapai.
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen mengakui berasa terharu melihat momen berkenaan.
Mereka juga menyatakan betapa bertuahnya seseorang itu apabila tetap didampingi oleh pasangan walau dalam keadaan susah mahupun senang.
Sumber: TikTok @kiedaamy97_
Via omm
GIPHY App Key not set. Please check settings