Baby Shima hadir berjumpa kaunselor sukarelawan Rumah Prihatin, Muhamad Nabil Che Musa mengenai bagi mendapatkan kaunseling di Rumah Prihatin @ Grand Season. FOTO AZIAH AZMEE
Kasihan Baby Shima. Dia bukan tak boleh ditegur, tapi kritikan itu kadang ekstrem dan melampau!
Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia kini kian lega selepas menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sukarelawan, Muhamad Nabil Che Musa di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Shima atau Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 26, dia sebelum ini hanya memendam perasaan sendiri selain kurang pendedahan mengenai rawatan hal berkaitan.
“Kalau ikutkan hati saya, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pendedahan mengenai rawatan ah mental sebelum ini.
“Bagaimanapun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Rumah Prihatin. Rasa lega sikit selepas sesi tersebut.
“Selama ini saya cuma pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai,” katanya.
Shima yang kini muncul menerusi single Lalai ini menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan yang dihadapinya akhir-akhir ini, susulan kecaman melampau yang diterima.IKLAN
Meski dahulunya dia cuba bersabar berdepan kecaman begini, namun situasinya berbeza kini.
“Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down’.
“Saya bukan tak boleh nak ditegur. Saya boleh terima dan tak kisah tapi anda nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina saya,” luahnya lagi.
Jelasnya lagi, atas situasi yang berlaku doa pernah berdepan masalah sukar tidur dan konsentrasinya turut terganggu.
“Di rumah saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas.IKLAN
“Berat badan turun mendadak. Dulu berat saya 45 kilogram ke atas, sekarang tak sampai 40 kilogram. Selera makan saya okay, tapi entah lah.
“Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu. Saya pun pelik. Apa yang saya buat sehingga orang terlalu mengecam sehingga melampau-lampau. Saya tak pernah kacau orang lain,” katanya.
Namun, Shima akui ada juga peminat yang menitipkan kata semangat selain mendoakan moga dirinya terus kuat. Sumber : mediahiburan.my
GIPHY App Key not set. Please check settings