in

“Ingat Sajat Menganjing Abang Sendiri “ Adik Perempuan Tiru Gaya Sajat Memang Lucu Habis!

Umum sedia maklum bahawa sehingga kini usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat masih belum ditemui pihak berkuasa namun dilihat aktif melayari laman Instagram.

Bagaimanapun, tumpuan warganet tiba-tiba berubah kepada adik perempuannya yang dikenali sebagai Mustika dimana sering memuat naik video di platform TikTok.

Lebih menarik perhatian orang ramai apabila wanita yang mesra dipanggil Ika itu menghasilkan video parodi menggunakan suara milik abangnya, apatah lagi dikatakan memiliki wajah seiras seperti Sajat.

Mustika ke Sajat tu?

Menerusi sebuah video, Mustika melakukan ‘miming’ dialog si abang serta ekspresi wajah yang bersesuaian dengan berceloteh mengenai dua orang anak angkat Sajat iaitu pasangan kembar Syaza dan Syahmi.

Sajat ni biarlah anak-anak makan dulu. Abang (Syahmi), time to eat lepas tu makan ubat,” antara ‘lakonan’ dijayakan oleh Mustika.

Selain itu, sebuah lagi video turut meraih tontonan ramai apabila ‘Sajat’ membebel mengenai penguasaan bahasa Inggerisnya selepas dikritik netizen.

“Office aku pun kat Padang Jawa (Shah Alam), lagi la nak suruh aku cakap bahasa Inggeris. Lain la office kat Beverly Hills (California), class la nampak!,” tutur Mustika melakonan dialog tersebut.

Melihat ke ruangan komen, ramai terhibur menonton parodi itu serta mengakui agak keliru kerana dibayangi perwatakan Sajat berikutan wajah adik-beradik tersebut dilihat sangat mirip.

Keliru pulak! Macam kembar

Ingat betul2 Sajat.. ‘Menganjing’ abang sendiri

Adiknya cantik, patut la abang nak ikut

Adik cantik semula jadi…

Mesti kelakar macam Sajat!

Betul2 ‘copy paste’ ni

Difahamkan, Mustika pernah menceburi bidang hiburan tidak lama dahulu selain turut tular tangkapan skrin tulisan dirinya di posting Instagram yang memanggil Sajat sebagai abang.

Doakan abang saya sembuh…

Sumber: TikTok @must1ka_88

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Foto Mirip Baby Shima Be****m Di Kelab Malam, Pegang Gelas Minuman..

    Badan Mengigil, Lemah Dan Tak Boleh Tidur Hingga Berat Badan Turun… Baby Shima Hadiri Sesi Kaunseling