in ,

Menanti 7 tahun akhirnya dapat kembar 4, Kesemuanya anak istimewa suami isteri syukur Reda ..

Dapat kembar 4. Siapa sangka, penantian selama bertahun-tahun, akhirnya pasangan ini dikurniakan zuriat sendiri. Bukan seorang atau dua orang tapi rezekinya diberikan anak perempuan kembar empat.

Inilah penantian yang ditunggu-tunggu selama tujuh tahun untuk menimang cahaya mata. Namun, tiada siapa sangka, dalam kegembiraan itu, pasangan ini diuji sekali lagi apabila keempat-empat anak kembarnya mengalami masalah kurang upaya intelektual.

Ibu kepada anak perempuan kembar 4 itu, Norhayu Mat Hanafi, 41 tahun, mengakui rumahtangga yang dibina sejak tahun 2003 sangat sunyi tanpa anak selama enam tahun sebelum disahkan hamil.

Lebih mesra disapa Ayu, katanya hanya Allah saja yang tahu perasaannya apabila menerima perkhabaran yang amat menggembirakan itu.

“Saya dan suami cuba pelbagai cara termasuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Pernah terfikir ingat selepas lima tahun kalau tak ada rezeki, kami bercadang untuk mengambil anak angkat.

“Syukur alhamdulillah, akhirnya dapat juga anak. Memang seronok dan tak sangka sebab sentiasa menunggu, kembar 4 pula tu,” katanya.

Bagaimanapun, kegembiraan itu Ayu tidak lama apabila empat anak kembarnya didapati mengalami masalah pertuturan dan pembelajaran serta hiperaktif ketika berusia lima tahun.

“Cikgu mereka yang mula-mula dapat kesan keadaan anak saya. Kami bawa pergi jumpa doktor dan mengesahkan mereka menghidap kurang upaya intelektual.

“Tengok macam normal tapi mereka ini kanak-kanak istimewa. Umur mereka sekarang 12 tahun tapi perwatakan macam kanak-kanak berusia 7 tahun,” katanya berasal dari Jitra, Kedah.

Menurut ibu kepada enam cahaya mata itu, dia pada mulanya berat hati untuk berdepan dengan situasi sukar ini.

“MULUT SAJA KATA REDA TAPI HATI ITU RASA BERAT. TAPI LAMA-KELAMAAN SAYA DAPAT TERIMA. SAYA BERSYUKUR KERANA DAPAT SOKONGAN DAN SEMANGAT DARIPADA ORANG SEKELILING.

“Saya rasa bersyukur kerana setiap kali fikir tentang kesusahan ini, sebenarnya ada lagi yang lebih susah daripada saya. Malah, ada yang dah berkahwin lebih daripada 10 tahun masih belum dikurniakan anak,” katanya yang turut mempunya dua lagi anaknya yang berusia enam dan dua tahun.

Ceriakan Keluarga
Mengenai empat anak kembarnya yang menyertai Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI. Surirumah ini mengakui anak-anaknya menceriakan hari-hari mereka sekeluarga.

“DULU SEMASA TAK ADA ANAK, SANGAT SUNYI. SEKARANG RUMAH INI TAK PERNAH SUNYI. ANAK-ANAK KEMBAR SAYA MEMPUNYAI BAKAT DALAM MEWARNA, BOLEH MEWARNA DARI PAGI SAMPAI KE MALAM.

“Harapan saya dan suami agar mereka dapat menguruskan diri mereka apabila kami sudah tiada lagi. Saya belajar hidup ini kena sentiasa positif dan reda dengan apa yang telah ditakdirkan untuk kita. Pada masa sama, saya juga memberi sokongan kepada mereka yang belum ada rezeki anak.

“Saya perasan jangan ambil hati dan layan perasan kalau ada orang tanya tentang anak. Jangan sensitif, jadi macam saya dan suami sama-sama membuat pemeriksaan dan alhamdulillah kami normal, cuma belum ada rezeki masa itu. Apa yang penting, suami isteri kena mainkan peranan,” katanya.

Sumber : Mstar & Mingguan Wanita

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Ingat kek batik, wanita terkejut jumpa ‘harta karun’ bernilai RM31,000 dalam peti besi

    Wanita tampil bela lelaki kes bun*h, “Mungkin keadaan memaksa dia jadi macam tu, Suspek seorang yang baik”