in

[Video] Berjoget dihadapan sebuah hotel berharga RM50,000 untuk satu malam, ‘NO MEN , NO PROBLEM’-DSV, Duduk Hotel RM50k Satu Malam

Selepas ‘putus cinta’ dengan bekas pembantu peribadinya, Dato Seri Vida dilihat kerap memuat naik perkongsian dengan memaklumkan yang dirinya happy tanpa kehadiran lelaki.

Perkara tersebut semakin menjadi-jadi setelah pemuda berusia 27 tahun itu terbang ke Indonesia untuk melupakan segala memori pahit tidak jadi kahwin dengan usahawan kosmetik berkenaan.

Dato’ Seri Vida (DSV) pula ada mengeluarkan kenyataan dengan mengatakan ingin melihat sejauh mana pemuda tersebut mampu mencari pengganti sama sepertinya.

Dalam perkongsian terbaru DSV, dia telah memuat naik video TikTok berjoget dihadapan sebuah hotel berharga RM50,000 untuk satu malam.

Dalam kapsyen yang disertakan, usahawan itu berseloroh dengan menulis bahawa “tiada lelaki, tiada masalah” sambil terus bergembira seusai tiba di Kuala Lumpur.

Beliau juga sempat membuat TikTok bersama staf di hotel berkenaan yang khusyuk melihat DSV sedang menari mengikut rentak lagu dalam aplikasi itu.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, ramai yang berasa terkejut dengan harga yang ditulis oleh DSV. Walau bagaimanapun, mereka tetap menyokong tindakan usahawan itu untuk bergembira bagi merawat hati yang terluka disebabkan kegagalan untuk berumah tangga.

Sumber: TikTok @datoserividaofficial

Via Karteldakwah

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Bertemu Jodoh Dengan Sahabat Baik Arwah Suami, Nora Ariffin Kini Sah Bergelar lsteri

    [Video] “Sila beri laluan ye Sis nak ke mahkamah ni,” Siap rakam dengan OKT, ‘Ingat pergi berseronok ke’- Akak beruniform dipersoal netizen