in

[Terkini] Isu Tentang Siapa Yang Akan Menjaga Dan Membesarkan Anak Vanessa Angel Terjawab, Jutawan Surabaya Tampil Beri Penjelasan

SELEPAS urusan pengebumian jenazah selebriti terkenal Indonesia Vanessa Angel dan suaminya Febri Andriansyah selesai, tumpuan peminat kini terarah kepada nasib anak pasangan itu.

Rata-rata melahirkan rasa simpati terhadap buah hati arwah, Gala Sky Andriansyah yang baru berusia setahun.

Isu tentang siapa yang akan menjaga dan membesarkan anak yang masih belum mengerti tentang apa yang berlaku itu menjadi tanda tanya.

Bagaimanapun seorang jutawan Surabaya bernama Tom Liwafa yang merupakan salah seorang kenalan rapat Febri dan Vanessa tampil menyatakan hasrat untuk memastikan kebajikan Gala terjaga.

“Saya dan semua sahabat-sahabat saya sudah berbincang. InsyaAllah kesejahteraan Gala adalah tanggungjawab saya dan rakan yang rapat dengan saya.

“Jadi Gala adalah tanggungjawab kami semua sehingga dewasa. Saya berjanji akan menjaga Gala sampai berjaya nanti, saya sendiri akan memantau dia.

“Namun untuk hak asuhan bukan bidang kuasa saya, itu terpulang kepada pihak keluarga. Kami hanya ada untuk bantu Gala sampai jadi seorang usahawan,” tulisnya di Instagram.

Keadaan Gala ketika berada di hospital.

Dalam pada itu Tom Liwafa turut berkongsi video menunjukkan keadaan terkini Gala ketika masih dirawat di hospital.

Menerusi video itu dapat kelihatan kesan lebam pada mata kiri bayi berkenaan.

Bagaimanapun Gala kelihatan ceria ketika beberapa individu dipercayai saudara terdekat bermain dan melayannya.

Perkongsian Tom Liwafa di Instastory.

Vanessa dan Febri disahkan meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan di Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur.

Jenazah kedua-duanya dikebumikan dalam satu liang lahad TPU Islam Taman Malaka Kecamatan Pesanggrahan, Jakarta Selatan, pada pagi Jumaat.

Khabar Dvka, Artis Kontr0versi Vanessa Angel Dan Suami Meninggal Dvnia Akib4t Kem4l4ngan

Seorang lagi artis terkenal yg mempunyai bakat besar meninggalkan kita semua bersama suami dlm kmaIangan iaitu Vanessa Angel

SELEBRITI popular Indonesia, Vanessa Angel dan suaminya, Febri Andriansyah disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya Tol Jakarta-Surabaya, berhampiran kawasan Nganjuk, Jawa Timur tengah hari tadi.

Sempat merakam detik-detik terakhir di dalam kereta sebelum terlibat dalam kemalangan. Video tersebut mengundang sebak di kalangan peminat dan rakan artis.

“Dua orang disahkan meninggal dunia, tiga orang mengalami luka-luka.

“Dua individu maut tersebut ialah Vanessa Adzania dan Febri Andriansyah,” katanya hari ini.

Jenazah kedua-dua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Bhayangkara Surabaya.

Difahamkan, Vanessa dalam media sosialnya beberapa jam lalu dalam perjalanan ke Surabaya bersama keluarganya.

Semalam, Vanessa sempat memuat naik beberapa video meraikan ulang tahun kelahiran adik iparnya, Fuji.

Sementara itu, dalam Instagram, ramai selebriti terkenal Indonesia memuat naik ucapan takziah atas pemergian Vanessa dan suaminya seperti Ashanti, Ivan Gunawan dan Ayu Ting Ting.

Rata-rata peminatnya turut menzahirkan rasa sedih atas berita mengejut tersebut.

Untuk rekod, Vanessa dan Febri bernikah pada 11 Januari 2020 dan dikurniakan Gala Sky pada 14 Julai tahun lalu.

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Kesiannya I’steri Sarat M’engandung Laki C’urang Isteri Siap Jumpa Tisu Mag1c Pulak

    Selepas Isu Siakap K’ayangan, K’edai Makan Ini Pulak Jadi Perhatian Netizen Kerana Hidang Nasi Bertimbun