in

Bayi 11 Bulan Maut Akibat D’idera & D1rog0l. Suami Pengasuh Sah Pos1tif D’adah

Kes bayi perempuan berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal yang maut selepas dua hari dilaporkan tenat akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami pengasuh telah menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati suspek positif methaphetamine.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang menerusi Harian Metro, suami pengasuh yang bekerja sebagai penggunting rambut dibawa ke Mahkamah Majistret Kajang kini direman selama 5 hari hingga 13 November.

Laporan awal diterima oleh pegawai perubatan di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang pada 3.05 petang, Rabu lalu. Untuk membantu siasatan, pihak polis telah menahan pengasuh dan suaminya.

Susulan daripada itu, hasil bedah siasat Jabatan Patologi Hospital Serdang mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan oleh impak dipercayai objek tumpul terhadap kepala sehingga menyebabkan tempurung kepala bayi pecah selain kesan lebam pada bahagian atas kepala.

Lebih menyedihkan, pemeriksaan lanjut turut mendapati ada kesan koyakan baru pada selaput dara (hymen) serta koyakan pada dubur bayi yang berusia 11 bulan tersebut!

Pada awalnya kes tersebut diklasifikasikan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001, namun selepas mangsa menginggal dunia, kes itu diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketika dihantar ke hospital, mangsa mengalami sesak nafas dan berada dalam keadaan kritikal serta diberikan bantuan pernafasan.

Menurut sumber berita, ibu kepada bayi tersebut telah menggunakan khidmat pengasuh berkenaan sejak September lalu. Pengasuh yang dikenali melalui Facebook itu dihubungi menerusi WhatsApp turut menjaga anak sulungnya yang berusia 5 tahun. Namun beliau tidak menyangka yang anaknya telah dijaga sepenuh masa oleh suami pengasuh.

“Saya reda dengan pemergian Zara, namun perasaan sakit hati masih ada selagi pelakunya tidak menerima balasan setimpal atas perbuatan keji itu.” kata ibu mangsa.

Sehubungan itu, pihak polis menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta melaporkannya kepada pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Radzee Jamudi di talian 0196655811 bagi membantu siasatan.

Sumber: Harian Metro

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Bayi 2 Tahun Meninggal ‘D1cili M’ulut’, Pengasuh Dari Seremban Dipenjara 18 Bulan

    [Video] ‘Apalah Bila Lambat C’heck-in M’eroyan, Bila C’heck-out Tinggalkan Bilik Hotel Camni Tak Rasa Bersalah?’