in

Suami Sembunyi Mayat Isterinya Dalam Peti A1s Selama Lebih Tiga Bulan

Seorang lelaki dari Shanghai dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah pada Rabu kerana membunuh dan menyembunyikan mayat isterinya di dalam peti ais selama lebih tiga bulan, lapor China Daily.

Zhu Xiaodong, 31, didakwa mencekik isterinya, Yang Liping, sehingga mati ketika pasangan itu bergaduh di kediaman mereka pada Oktober lalu.

Selepas membunuh Yang, Zhu membungkus mayat mangsa dengan selimut dan menyoroknya dalam peti ais di balkoni kediaman mereka selama 105 hari.

Menurut perbicaraan di mahkamah, selama tempoh tiga bulan itu, Zhu telah menyamar menjadi mangsa di media sosial dan membalas mesej dari keluarga dan rakan-rakan isterinya. Malah, Zhu turut membelanjakan wang simpanan isterinya keluar bercuti dengan wanita lain.

“Tertuduh berbelanja tanpa had dan langsung tidak menunjuk sebarang rasa penyesalan,” mahkamah diberitahu.

Zhu kemudian menyerah dirinya pada 1 Februari, selepas dia tidak dapat lagi menyembunyikan kebenaran kerana pasangan itu dijangka menghadiri sambutan hari lahir bapa mertuanya.

Dilaporkan, Zhu cuba membunuh diri sehari sebelum menyerah diri kepada polis.

Kes pembunuhan itu mengejutkan penduduk di negara itu dan keluarga mangsa meminta pihak berkuasa menjatuhkan hukuman mati terhadap Zhu.

Bapa mangsa, Yang Ganlian, berkata, walaupun mereka sekeluarga berpuas hati dengan keputusan mahkamah, mereka masih tidak mampu menerima hakikat kejadian yang menimpa anak perempuan mereka itu.

Zhu kini mempunyai masa selama 10 hari untuk membuat rayuan terhadap hukuman itu.

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    The very best Ebony Naughty Webcam Sites

    Tidak serik wanita lyan 20 lelaki sehari ditahan jabatan imigresen malaysia (JIM)