in

[Video] “Sila beri laluan ye Sis nak ke mahkamah ni,” Siap rakam dengan OKT, ‘Ingat pergi berseronok ke’- Akak beruniform dipersoal netizen

Terbaharu, seorang anggota beruniform wanita menjadi bualan di laman Twitter apabila didakwa merakam sebuah video ketika bertugas sebelum memuat naik ke aplikasi TikTok.

Akaun @My_CrimeWatch berkongsi video 39 saat itu memaparkan anggota tersebut merakam dirinya yang beruniform serta seorang individu dipercayai ‘suspek’ atau Orang Kena Pengawasan (OKP) ketika dalam perjalanan ke mahkamah.

“Bermain aplikasi TikTok ketika sedang bertugas dan menyarung uniform adalah suatu perbuatan yg menyalahi budaya kerja.

“Tidak kiralah jika anda dari PDRM, ATM, Jabatan Penjara Malaysia, AADK & sbg nya. Apatah lagi jika anda menjadikan wajah OKP/OKT/suspek sebagai “content”,” tulis @My_CrimeWatch
Difahamkan, mereka menaiki sebuah kereta polis yang dibunyikan siren dimana pemandu serta penumpang hadapan juga lengkap berpakaian uniform.

“Sila beri laluan ye. Sis nak ke mahkamah ni,”

tulis kapsyen dalam video berkenaan.
Ciapan video tersebut diulang kicau sebanyak 4,900 kali dan menerima hampir 4,00 tanda suka selain ratusan komen netizen yang mempersoalkan tatatertib kerja anggota itu dalam menjalankan tugas.

Malah, ada yang menyifatkan anggota terbabit ‘dahagakan’ perhatian demi meraih tontonan warganet sekali gus tidak mengambil kisah mengenai ‘aib’ individu yang duduk di sebelahnya.

Takde masalah, cari masalah. Semuanya demi secebis ‘like’? Tak salah kalau nak berTikTok, tapi janganlah pakai uniform. Sorang buat salah, habis semua pihak terkena tempiasnya!

Sumber: Twitter @My_CrimeWatch

Via Karteldakwah

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    [Video] Berjoget dihadapan sebuah hotel berharga RM50,000 untuk satu malam, ‘NO MEN , NO PROBLEM’-DSV, Duduk Hotel RM50k Satu Malam

    [VIDEO] ‘Rumah dah siap ‘Renovate’ abi kemalangan dan sekarang abi duduk rumah baru kami tak boleh tumpang,’Wanita akur Suami tak sempat duduk rumah baru