in , ,

Percaya Boleh Hilangkan Sembel!t, Lelaki Masukkan Belut Sepanjang 20 Sentimeter Dalam D*b*rnya

Seorang lelaki di Xinghua, China hampir kehilangan nyawa selepas memasukkan belut ke dalam d*b*rnya bagi menghilangkan sembel!t yang dialaminya.

Lapor Global Times pada 27 Julai 2021, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu dilaporkan memasukkan belut sepanjang 20 sentimeter ke duburnya pada 20 Julai lalu.

Perbuatan itu dilakukan selepas lelaki tersebut mendakwa dia sudah tidak tahan dengan masalah sembelit yang dialaminya. Namun, perkara tidak diingini berlaku selepas lelaki itu memasukkan belut ke dalam duburnya.

Hal ini kerana, haiwan berkenaan terus masuk ke perut dan memasuki usus besar lelaki berkenaan dan menggigitnya sehingga menimbulkan kesakitan.

Pada awalnya, dia enggan mendapatkan rawatan di hospital kerana malu dan sanggup tahan sakit sebelum dia akhirnya menyerah dan pergi ke hospital.

Lelaki tersebut menjalani pemeriksaan di hospital Xinghua, wilayah Jiangsu dan mengadu sakit di bahagian bawah perut. Doktor memaklumkan terdapat belut dalam usus besar dan dia perlu menjalani pembedahan.

Doktor berjaya mengeluarkan belut yang masih hidup dari perut lelaki tersebut dan memaklumkan mangsa boleh mati disebabkan hemolisis iaitu sel darah merah pecah akibat bakteria.

Sebelum ini, seorang lelaki berusia 50-an juga memasukkan belut ke dubur tahun lalu. Kejadian itu diketahui selepas dia menjalani rawatan di Hospital Dongguan, wilayah Guangdong kerana sakit di bahagian bawah perut.

Namun selepas diperiksa, doktor menemui belut di dalam sistem pencernaan lelaki itu. Doktor kemudiannya melakukan pembedahan segera bagi mengeluarkan belut berkenaan dan mendapati perut lelaki itu luka dan dipenuhi bakteria.

Belut yang dikeluarkan dari perut lelaki berkenaan. – Foto Agensi

What do you think?

Written by My Gosip

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

GIPHY App Key not set. Please check settings

    Kuc!ng Terkurung Dalam Rumah 52 Hari Bertahan Hidup Deng@n Memak@n Kert@s..

    [Video] Treler Merah, PoIis Sahkan Pemandu Seorang Wanita, Mangsa Alami Luka